KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyalurkan bantuan bersesuaian kepada wanita warga emas yang mendakwa menerima layanan buruk daripada dua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) baru-baru ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata pegawai dari pejabatnya sendiri telah bertemu wanita itu semalam bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.
"Pada masa yang sama kita akan menyiasat apa yang dikatakan menerusi media sosial (berkaitan dakwaan pegawai JKM memberi layanan buruk). Kita tidak dapat menerima begitu sahaja... mungkin ada sebab-sebab tertentu membuatkan perkara ini (berlaku)," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita yang menyiarkan dakwaan wanita itu bersama-sama suaminya seorang pemegang kad penduduk tetap, diberi layanan buruk oleh dua pegawai JKM dan dipaksa ke Terminal Bas Bersepadu (TBS) Bandar Tasik Selatan kerana menjadi gelandangan di Kuala Lumpur.
Dalam laporan itu, wanita berkenaan mendakwa rayuannya untuk terus kekal tinggal di kawasan kaki lima berdekatan sebuah restoran tempat dia bekerja mencuci pinggan mangkuk bagi menyara diri dan suaminya yang mengalami kemurungan turut tidak diendahkan.
Menurut wanita itu seorang kenalan bersama suaminya telah bergegas ke TBS sebelum pegawai-pegawai JKM itu bersetuju melepaskan mereka.
Nancy berkata kementeriannya dengan bantuan sebuah badan bukan kerajaan telah menyediakan tempat tinggal sementara buat pasangan itu dan hasil siasatan setakat ini mendapati wanita berkenaan mahu bekerja sendiri dan bukan menjadi penerima bantuan semata-mata.
"Alhamdulillah, mereka telah memberikan kerjasama kepada pegawai-pegawai pejabat saya dan kita akan pastikan mereka akan dijaga dengan sebaik-baiknya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Nancy bercakap kepada pemberita ketika hadir pada satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kuching, Sarawak, semalam. - Foto Facebook Nancy Shukri
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Permohonan jaminan dua tahanan LTTE didengar 11 Disember
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 11 Disember ini sebagai tarikh mendengar permohonan jaminan bagi dua tahanan dikaitkan dengan Kumpulan Pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).